Kami tak ada DEGREE...

tapi kami ada LIE!!!

06 July 2008

Projek Terbaru yg bakal menemui anda November ini

tajuk: Gelanggang Tuk Wali
karya: Ismail Kassan
arahan: Ahmad Shazli Hasim
tempat: Auditorium P. Ramlee
Jabatan Kebudayaan Kesenian Negeri Pulau Pinang
tarikh: 14,15 & 16 November 2008
sinopsis
Wak Raja Aliudin bin Raja Agus Salam(Tuk Wali) ialah puing2 peninggalan zaman lampau dunia persilatan. Tuk Wali meneruskan kecintaannya terhadap silat berbekal semangat zaman lampau dan sisa kekuatan yang masih menempeli jasad dan jiwanya. Perubahan nilai dalam kehidupan moden ini membunuh sedikit demi sedikit semangat dan menghakis kekuatan yang menempel itu. Tuk Wali dihampakan oleh situasi dan suasana sekitar yang tiba2 menjadi ganas. Perjuangan Tuk Wali dalam gelanggang luas sudah lama selesai. Kini, dia sebenarnya sedang berjuang dengan ganas dalam gelanggang sempit dirinya sendiri. Perjuangan itu terlalu sengit dan kejam. Tuk Wali tumpas ditengah pertarungan. Dia gagal untuk melawan perasaan dalam dirinya yang selama ini mampu dikuasai dengan baik. Tuk Wali ditumpaskan oleh kekuatan dalam dirinya sendiri. Apakah Silat Melayu akan senasib dengan Tuk Wali? Apakah orang Melayu masih tebal dengan prasangka buruk sesama sendiri? Apakah rasa dendam masih merajai hati kita dan generasi seterusnya? Apakah nilai murni ini berubah bila berada ditempat yang berbeza? Apakah semua merasai dalam naluri itu akan menghantui hingga kita lupa dan alpa pada musuh kita yang sebenar? Siapakah dia musuh sebenar dalam Gelanggang Tuk Wali?


9 comments:

Anonymous said...

Moga kejayaan sentiasa mengiringi korang...

& puteri doakan agar segala urusan korang dipermudahkan

salam...

Pegawai Khalwat said...

Akhirnya!

Ada entri baru!

Tahniah!!

crunchyahcock said...

alhamdulillah... ingat hampir terkubur blog ini....

jinggo said...

dengan tiba-tiba.......

artsoul said...

all the best...

crunchyahcock said...

hang marah kat aku ka???

The Island of NAMOYAKI, said...

Salam,

Salam hormat dan salam ramadhon.

Tumpang lalu, baru nak mula tulis kat Blog. Nak jadi Bloggers Jugakkk.. Buleh noo?

Apa habaq?

ZUL RAHMAN

Pentas Teater JSBN said...

Resdong:

Mohon jasa baik untuk link Blog anda kpd Blog kami. Untuk rujukan kpd jurulatih ler.. takder mender lain doh.. :)

Kalau ada apa-apa persembahan, minta tolong untuk hantarkan maklumat kepada kami bolehh...?
;) (sambil kejip mata)
Bolehh lerr...

Terima kasih.
P.T

- Kalau ada masa, jemputlah datang ke Blog kami.

resdongs said...

Pada semua!

Saksikanlah Gelanggang Tuk Wali pada 14,15 dan 16 November nih!